Saturday, September 16, 2006

Salam Harijadi, Malaysia

Pada hari ini, tanggal 16 bulan sembilan, Engkau genap 43 tahun.
Walaupun yang lebih raih adalah 31-8, yang lebih rela diperingati Perikatan yang kemudiannya BN, tetapi secara rasmi, Engkau
lahir hari ini 43 tahun lepas.
Bagaimana aku nak meraihkan harijadi Engkau? Sekali lagi, saya memilih berfikir dalam bahasa Engkau.
Terlalu banyak salah faham di antara anggota-angota Engkau, Engkau boleh diibaratkan raksaksa berkepala sembilan, masing-
masing membuat keputusan sendiri untuk berganjak. Wawasan 2020 yang dianjurkan pemimpin yang lepas masih lagi jauh jarak
kala. Namun tak nampak kemungkinan kini bahawa Engkau akan mencapai impian itu yang umumnya bukanlah hasrat semua anggota
Engkau. 2020, cuma tinggal erti penanda yang tiada isi kandungan. Lupakan 2020 sementara, kemungkinan besar yang memulakan
slogan 2020 tiada pada masa itu, mari kita renungi yang terkini.
Suasana politik, yakni peneraju kehidupan kamu, kelihatan begitu lesu dengan pelbagai perbalahan yang jelas di setip
peringkat, walaupun ada juga yang menafikan. Struktur dalaman Engkau terdapat satu kumpulan sel barah yang amat bahaya,
kumpulan sel ini merebak tanpa kawalan yang wajar. Kemungkinan nyawa Engkau akan tergugat, ini satu kenyataan yang aku
terpaksa beritahu, walaupun aku bukan doktor bahkan bukan bomoh atau pawang.
Apa erti kehidupan Engkau jika harijadi Engkau tak pernah dititikberatkan? Engkau cuma tukar nama satu ketika pada umur 6
tahun? Engkau ditambah anggota badan yang sintetik pada usia 6 tahun. Tidak! Engkau telah mengalami satu jelmaan yang
dikurniakan anggota tambahan Engkau, dan Engkau telah memperolehi hidup baru semenjak itu.
Walaupun kehilangan anggota pada umur setahun lebih itu peristiwa pedih, namun Engkau tetap dengan nama kini. Itu cuma satu
bebola yang mampu mendapat rezeki sendiri, Engkau tak perlu bermusuhan dengan bebola ini kerana perikatan yang masih ada.
Walaupun Engkau kelihatan kalah daripada segi ekonomi, tetapi Engkau belum menghayati bahawa ekonomi itu satu konsep Yuyani
kuno yang membawa maksud perumahan. Engkau ada pelbagai kelebihan jasmani berbanding dengan bebola yang ada rohani yang lebih
imbang ini.
Bagaimanapun, aku turut menumpang kesihan Engkau pada hari ini yang bagaikan sengaja dilupakan, selamat harijadi, Malaysia,
Negaraku.
Seorang Warga

0 Comments:

Post a Comment

<< Home